Daisypath Friendship tickers

S. E. T. I. A.



Assalammualaikum :) Hari ni ttbe rasa nak update pasal SETIA. Kali nih tak ada kena megena dengan sesiapa. Tak kira lelaki ataupun perempuan :)

Boyfriend setia, Girlfriend setia. Love each other. Jadi pasangan yang happy, tak perlu curang!

Nampak senangkan? Tapi hakikatnya? Kenapa kita perlu setia? Belum tentu dia jadi pasangan hidup kita yang halal kan? Ohh, come on lah. Jangan disebabkan "easy thinking" ini kecurangan berlaku dan menyebabkan ramai perempuan/lelaki mengalami kekecewaan yang berpanjangan.

Honestly, kesetiaan dalam hubungan nih teramat lah penting. Ingatlah bahawa hidup ini seperti roda. Bila kita memainkan perasaan pasangan kita, satu hari nanti kita juga akan dipermainkan. Dan pada masa tuh, tak guna nak menyesal bagai. Setiap apa yang kita lakukan pasti ada balasan. Hanya masa yang menentukan. Kadang kadang kita tak sedar apa yang kita lakukan. Kita rasa apa yang kita buat  semuanya perfect tapi sebenarnya ada insan yang sedang terluka.

Contoh sekarang, zaman teknologi. Social network paling famous sekarang nih, FACEBOOK. Hm bagi hamba Allah yang couple tuh mesti nak tahu password kan? Mesti nak tahu dia setia ke tak? Curang ke tidak? Berlove love, bermanja manja dengan orang lain ke tidak? Tak gitu? Ohh, please! Kalau aku dapat, memang tak tahu lah nak cakap apa. Memang patah seribu lah! Hahaha Masa tuh jugakk aku meroyan! Haha Itu yang kita nampak. Macam mana pulak yang kita tak nampak? Contahnya, dia text dengan sapa? Dia bergayot dengan sapa? Bila dah terbongkar semuanya, mungkin pasangan kita akan cakap, KAWAN JE PON! Puihhhh! Kawan abah hang! Semua manusia ada tahap kecemburuan masing masing. So jangan nak menguji tahap kecemburuan pasangan kita.

And one more thing. Renung renungkan ini.
Nak carik lelaki/perempuan yang friendly memang senang, tetapi nak cari lelaki/perempuan yang sombong ada lagi ke?

So kesimpulannya, jangan tersalah memberi hati kepada insan yang tak sudi. Kerana sekali kau memberi, selamanya kekal dihati. Kerana sekali kau dilukai, sampai bila bila kau akan ingati. Hati hati apabila memeberi hati kerana ia hanya untuk insan yang tahu betapa berharganya sekeping hati.