Harinih dah bulan March. Bulan nih lah bulan yang banyak dugaan rasanya. Mas kena siap sedia untuk lalui jugak dugaan yang datang. Mana taknya, bulan nih Result SPM akan keluar, Mas kena operation tangan buat kali ke-2. Longgar lutut weh! Ya Allah, berikan lah aku kekuatan.
Korang perasan tak, semenjak dua menjak nih Mas selalu update blog pasal Mas nih dah kuat. Yang Mas nih kononnya dah tabah. Act tak langsung! Ini semua poyo! Mas puntak faham dengan perasaan Mas sendiri. Sekejap kuat, sekejap lemah tak bermaya. Ya Allah, Mas macam nak give up je dengan hidup nih. Tapi macam orang tak ada iman pulakkan? Haish!
Tapi macam yang Mas selalu cakap, LIFE MUST GO ON! Tak pernah bosan dengar perkataan nih. Maklumlah, setiap bangun pagi, Mas akn cakap benda yang sama dalam hati. Nak sedapkan hati dan melambangkan kekuatan diri. Cey! Poyo gilaaa. Haha
Hm Semalam 28 February kan? Act Mas nak shared sikit pasal kejadian semalam. Apa yang dah jadi dengan semalam? Takut tak? Takut tak? Hahaha Tak ada apa lah. Cuma kejadian semalam membuatkan Mas semakin lemah :(
...............................................
Then Malam jumaat kan? Biasa lah, baca yaasin lepas isya'. Then lepas selesai semua tuh, terbaring sekejap dekat sejadah. Mas tak tahu kenapa hati Mas sayu gila bila teringat BBM Kak Ain siang tadi. Walaupun dia suruh jaga diri, tapi ntah lah. Terasa macam dihargai sangat. Okay, sedih! *lap air mata*
Then macam biasa, rutin harian. Haha Sebelum tidur, cari Hanani. Nak bergurau gelak ketawa dengan dia. Hihi >< tengah syok syok WhatsApp dengan Hanani, tiba tiba ada satu text masuk. Rupa rupanya dari Labiq. Dia mintak maaf segala bagai. Hm time tuh, Allah je yang tahu perasaan Mas. Air mata dah keluar macam Air Terjun dah nih. Makin ditahan makin laju keluar :( Mas tak tahu nak reply apa. Jujur dari lubuk hati Mas, Mas tak boleh nak terima apa yang dia dah buat dekat Mas. Hati Mas susah sangat nak maafkan dia. Tapi Mas TERPAKSA pura pura yang Mas nih pasrah dengan semua nih. See, HIPOKRIT gila weh! And dia ada cakap, yang kitaorang still boleh kawan. Itu lagi satu masalah. Kalau Mas susah nak maafkan dia, macam mana pulak Mas nak berkawan dengan dia. Dia nampak okay je dengan semua nih. Dia nampak happy je. Mas taknak dia tahu yang Mas nih lemah tapi Mas tak boleh nak jadi kuat. Mas tak boleh. Jujur lah, Mas memang tak boleh tengok orang yang Mas sayang bahagia dengan orang lain. Hati Mas sakit. Allah je yang tahu macam mana sakitnya hati nih. Hmm Mas cuma taknak berharap dekat dia lagi. Mas taknak hati Mas sakit lagi. Cukup lah segala derita yang Mas dah lalui selama nih. CUKUPLAH!
.....................................................



