Daisypath Friendship tickers

Perpisahan!

Hai Assalammualaikum *Lambai Tangan*
Bajet macam ada je yang baca post Mas. Hehe Hm Lama gila tak updated blog. Maklumlah, Mas tak ada masa. Sibuk jaga anak. Hahaha Hm Mas updated blog kali ni cuma nak kongsi lah serba sedikit berita gembira. Hehe Alhamdulillah keputusan UPU dah keluar dan Alhamdulillah jugak sebab doa Mas selama ni termakbul. Amin~ Mas dapat Course Pengajian Sains Sukan dan Rekriasi di UiTM Arau, Perlis. Jauh haba' hang! Haha

Nak tahu apa perasaan Mas? Of course lah gembira tak terkata sebab course yang Mas impikan selama 5 tahun dah tercapai. Hm bukan setakat Mas je, family Mas pun mengharapkan benda yang sama. Hehe Alhamdulillah, Mak ayah akak abang semua senyum dan melompat kegembiraan bila dengar berita nih. Hm Family mana yang tak gembira bila anak/adik dia yang paling comel nih berjaya kan :p

Tapi dalam masa yang sama, Mas selalu akan fikir macam mana kehidupan Mas sebagai seorang Siswi. Mas tak boleh bayangkan macam mana perit nya bila Mas terpaksa berpisah dengan family dan kawan kawan. Mas dekat Perlis okay. PERLIS! Jauh! Mengambil masa 9 jam untuk sampai Perlis. Hm orang selalu cakap, "Alaa dah besarkan? Takkan nak jauh dari keluarga pun nak nangis setiap malam". Hm Kalau setakat Pahang, Melaka tu okay lagi. Ni Perlis lah weh! Hujung dunia sana. Mas tak pernah jauh dari family and Mas kalau boleh taknak jauh dari family.

Bila setiap kali Mas mengenangkan nasib Mas dekat sana, Mas mesti nak nangis. Allah je yang tahu apa yang Mas rasa. Mas rasa macam taknak pergi je UiTM. Kakak selalu tanya, apa perasaan Mas nak pergi sana? Gembira ke? Excited ke? Hm Mas cuma cakap TAKUT! Dan setiap kali perkataan TAKUT tu keluar dari mulut, mesti mata dah berkaca. Cuma Allah je yang tahu.

I will miss them so much! Mas tak sanggup nak berjauhan dengan korang. MAS TAK SANGGUP! Mas akan rindu masakan Mak, Mas akan rindu keprihatinan ayah. Mas akan rindu kata kata semangat dari abang dan kakak. Dan yang paling penting, Mas akan rindu nak main dengan anak anak buah Mas. YaAllah, sedih nyaaa. Wahai abang ipar kesayangan, janji mesti ditepati tau. Jangan buat buat lupa pulak pasal phone baru. Hihi

Hm ni lagi tak tahu nak cakap macam mana. Mereka ni dah macam sebahagian daripada keluarga, hidup Mas. Pentingnya mereka sama macam pentingnyaa kakak dengan abang yang selalu sokong Mas. Hm korang? Dapat ke aku cari kawan macam korang. Ada ke dekat Perlis sana? Ada ke orang yang tahan dengan baran aku macam maan korang tahan? Ada ke kawan yang selalu bantu aku bila aku ada masalah? Ada ke kawan yang sekepala dengan aku? Hm aku akan akan dan akan rindukan korang. Janji tau, kawan sampai mati.